Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PRU-15: Kerajaan timbang cadangan cuti khas sebelum hari mengundi
  • NASIONAL
  • PRU-15

PRU-15: Kerajaan timbang cadangan cuti khas sebelum hari mengundi

Utusan Sarawak 3 years ago

Perdana Menteri yang juga Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bera P090 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendukung adik Nur Fyra Adeen Mohd Asrul Ikmal ketika hadir ke Kenduri Rakyat bersama penduduk Kampung Bohor Baru, hari ini. FotoBERNAMA

BERA: Cadangan pemberian cuti khas sebelum hari pengundian bagi memudahkan pergerakan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dipertimbangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baharu, Kuala Bera di sini hari ini, Ismail Sabri berkata cadangan itu pernah dibincangkan selepas pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lepas.

“Kita tunggu sahaja jika ada pengumuman daripada saya (cuti khas)… kita akan kaji. Sejak mula bubar, kita dah bincang perkara ini, cuma timing itu… Insya-Allah, tunggulah apa pengumuman yang penting, yang mungkin banyak lagi,” katanya.

Sebelum ini Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum khas untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi pada 19 November ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata walaupun tarikh mengundi jatuh pada Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mengundi di lokasi mereka bekerja. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lawas bakal jadi ‘Mutiara Teluk Brunei’
Next: Siapsiaga banjir kilat di 7 negeri termasuk Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.