Proton, e.MAS 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Kereta elektrik pertama Proton, e.MAS 7 membuat kemunculan  pada perarakan Sambutan Hari Kebangsaan hari ini bersama-sama model lain pengeluar kereta nasional itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn Bhd Mahmood Razak Bahman yang mewakili kontinjen Proton  menyifatkan e.MAS 7 sebagai pencapaian penting Proton.

“Ini penampilan pertama e.MAS 7 kepada umum yang akan dikeluarkan menjelang akhir tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.

Berdasarkan Global Modular Architecture (GMA), Proton e.MAS 7 menampilkan sistem pemacu elektrik 12-dalam-1 dan bateri litium besi fosfat (LFP) yang menggunakan sel bateri Aegis Short Blade.

Ia juga dilengkapi sistem audio Flyme Auto yang dikuasakan oleh cip 7 nm.

Mahmood yang juga bekas Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM Berhad berkata penyertaan DRB-Hicom pada acara itu bersama barisan kenderaannya dapat menonjolkan kejayaan sektor industri negara.

“Saya sangat teruja kerana sejak kecil saya menonton perarakan Hari Kebangsaan dan mengimpikan untuk menjadi sebahagian daripadanya.

“Sekarang, setelah menjadi sebahagian daripada dunia korporat, saya akhirnya dapat menyertai perarakan dan mempamerkan kenderaan saya sendiri,” katanya yang memandu Proton Putra miliknya. – BERNAMA

Gambar

Kenderaan elektrik keluaran Proton e-MAS 7 membuat kemunculan pertama ketika acara perarakan dan perbarisan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertemakan “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya.

NADMA giat nilai keperluan PPS di Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang giat menilai keperluan kemudahan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sarawak