Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Penahan Runtuhan Kampung Pangkalan Tebang dilaksana
  • TEMPATAN

Projek Penahan Runtuhan Kampung Pangkalan Tebang dilaksana

Utusan Sarawak 3 months ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh (lima, kanan) menyaksikan Ketua Kampung Pangkalan Tebang, Nathaniel Nelton (empat, kanan) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas kelulusan projek.

BAU: Projek pembinaan penahan runtuhan di Kampung Pangkalan Tebang kini secara rasmi dimulakan selepas penyerahan projek oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) kepada kontraktor baru-baru ini. 

Majlis penyerahan disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh.  

Projek bernilai RM300,000 ini dilaksanakan di bawah Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu. 

Projek itu melibatkan pembinaan struktur penahan runtuhan sepanjang 32 meter bagi mengukuhkan tebingan serta menjamin keselamatan penduduk setempat.  

Pada majlis tersebut, Miro turut menerima taklimat teknikal mengenai pelaksanaan projek daripada pihak DID. 

Dalam kesempatan itu, beliau menegaskan bahawa projek itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan luar bandar.  

Turut hadir, Ketua Kampung Pangkalan Tebang, Nathaniel Nelton mewakili penduduk kampung.

Projek tersebut yang diluluskan oleh kerajaan Sarawak dijangka bakal memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan luang masa bersama keluarga
Next: Pembinaan jalan keluar baharu Taman Dahlia dijangka siap Ogos tahun ini   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.