Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf jalan pertanian Kampung Sebako 1
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek naik taraf jalan pertanian Kampung Sebako 1

Utusan Sarawak 1 month ago
RAKAM KENANGAN… Billy Sujang bergambar bersama yang lain selepas sesi lawatan tapak untuk projek menaik taraf jalan pertanian di Kampung Sebako 1. Foto UKAS

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, baru-baru ini mengadakan sesi lawatan tapak untuk projek menaik taraf jalan pertanian di Kampung Sebako 1.

Menurut beliau, tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau lokasi sebenar jalan pertanian yang akan dinaik taraf.

“Dua lokasi jalan telah dikenal pasti berdasarkan keperluan penduduk yang menggunakan laluan tersebut untuk mengakses kawasan pertanian mereka,” katanya.

Katanya, projek ini merangkumi beberapa skop utama, termasuk pembinaan satu unit jambatan, menaik taraf jalan pertanian sehingga ke perkuburan lama, serta memperbaiki jalan pertanian hingga ke Sibatok.

Tambahnya, peruntukan keseluruhan untuk projek ini berjumlah RM2 juta.

Beliau menggesa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sebako 1 untuk memulakan kerja rintis terhadap laluan jalan yang akan dinaik taraf, bagi memudahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) melakukan penyukatan jarak sebenar.

Katanya, projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, terutamanya dalam meningkatkan akses ke kawasan pertanian serta menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik di Kampung Sebako 1. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lokasi strategik Jambatan Batang Rajang pemacu utama pembangunan Sarikei, Bintangor
Next: Usaha tingkat kecekapan operasi bomba Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.