Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek jalan raya jadi tumpuam URDA – Nanta
  • TEMPATAN

Projek jalan raya jadi tumpuam URDA – Nanta

Utusan Sarawak 7 months ago

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah URDA di Kuching hari ini.

KUCHING: Usaha meningkatkan akses jalan raya antara agenda besar Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), kata pengerusinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata sebanyak 43 projek infrastruktur termasuk projek jalan, bekalan air serta kemudahan asas lain sedang dan telah dilaksanakan oleh agensi pembangunan terbabit.

“Kita mempunyai peruntukan RM1.5 bilion dan setakat ini sebanyak 13 (daripada 43) projek sudah siap dan ada dalam pelaksanaan. Projek besar kita adalah (membina) jalan raya di kawasan Belaga, Baleh, Kapit dan Song.

“Kita juga telah membangunkan makmal di semua daerah di bawah URDA untuk kita mengenal pasti projek yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Lembaga Pengarah URDA di sini hari ini.

URDA ialah sebuah agensi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Sarawak yang ditubuhkan pada 12 Julai 2017 untuk memacu pembangunan di kawasan meliputi Kapit, Kanowit, Song, Belaga dan Bukit Mabong, meliputi 41,186 kilometer persegi.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ibraco beri sumbangan untuk program Hope Place 
Next: Pelabuhan laut dalam Tanjung Embang dilengkapi ‘bunkering’ untuk bahan api hijau – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.