Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek jalan penghubung Batu Kawa-Stephen Yong mendahului jadual – Tan Kai
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek jalan penghubung Batu Kawa-Stephen Yong mendahului jadual – Tan Kai

Utusan Sarawak 3 hours ago
PROJEK jalan yang menghubungkan jalan Batu Kawa-Stephen Yong.

PADAWAN: Cadangan projek jalan yang menghubungkan Jalan Batu Kawa dengan Jalan Stephen Yong kini mendahului jadual pembinaan, dengan kemajuan kerja melepasi sasaran yang ditetapkan, kata Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai.

Mewakili Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian semasa lawatan tapak bersama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo, Tan berkata projek itu telah mencapai kemajuan fizikal sebenar sebanyak 3.86 peratus berbanding sasaran 2.77 peratus, sekali gus mendahului jadual sebanyak 1.09 peratus.

Menurutnya, projek yang bermula pada 11 Februari tahun ini dijangka siap pada 10 Februari 2029 selepas tempoh pembinaan selama tiga tahun.

Jelas beliau, jalan baharu itu akan merangkumi jalan berkembar sepanjang 5.644 kilometer, sebuah jambatan konkrit bertetulang sepanjang 74.8 meter yang merentasi Sungai Moyan, serta sebuah lagi jambatan konkrit bertetulang sepanjang 280.8 meter yang merentasi Sungai Sarawak.

Selain itu, projek berkenaan turut melibatkan pembinaan pembetung dan sistem perparitan, pemasangan lampu jalan serta kerja-kerja pengalihan utiliti.

Tan berkata projek jalan itu dijangka meningkatkan kesalinghubungan antara Jalan Batu Kawa dengan Jalan Stephen Yong, di samping melancarkan aliran trafik serta menyokong pembangunan pada masa hadapan di kawasan sekitarnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 33 organisasi di Daro terima geran MRP RM157,000
Next: PBSB Sibu bimbing Kelab Xiang Qi Lanang sediakan laporan DSK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.