Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek gula apong Sungai Rhu sasar pematuhan standard GMP, sedia tembusi pasaran antarabangsa
  • TEMPATAN

Projek gula apong Sungai Rhu sasar pematuhan standard GMP, sedia tembusi pasaran antarabangsa

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri sesi perbincangan mengenai Projek Pusat Pemprosesan Gula Apong di Sungai Rhu, Kabong di SNDB, Menara Zecon, di Kuching, hari ini. Foto: ADUN Kabong

KUCHING: Cadangan pelaksanaan Projek Pusat Pemprosesan Gula Apong di Sungai Rhu, Kabong dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan industri berasaskan nipah di Sarawak, sekali gus memperkukuhkan ekonomi komuniti luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek berkenaan bakal mentransformasikan industri pemprosesan gula apong menerusi penggunaan teknologi inovatif yang lebih moden, cekap dan berdaya saing.

Menurut beliau, pelaksanaan projek itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti, malah memastikan aspek kebersihan, kualiti produk serta pematuhan terhadap piawaian industri terus diperkasakan.

Katanya, pusat pemprosesan tersebut akan membantu memperkukuhkan daya saing usahawan tempatan dalam menghasilkan pelbagai produk berasaskan nira nipah yang berpotensi menembusi pasaran lebih luas di dalam dan luar negara.

Beliau berkata, antara objektif utama projek ialah meningkatkan kefahaman pengusaha mengenai penghasilan produk seperti gula apong, sirap apong dan minuman nira selain memperkenalkan penggunaan teknologi moden serta peralatan pemprosesan yang lebih efisien.

“Pengusaha juga akan diberikan latihan praktikal dalam aspek pemprosesan dan pembungkusan menggunakan teknologi terkini bagi meningkatkan kemahiran, produktiviti serta nilai tambah produk yang dihasilkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi perbincangan mengenai Projek Pusat Pemprosesan Gula Apong di Sungai Rhu, Kabong yang berlangsung di Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah (SNDB), Menara Zecon, di sini, hari ini.

Chee Kadir berkata, usaha itu turut bertujuan memastikan produk berasaskan nipah memenuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta keperluan pensijilan makanan, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk tempatan.

Beliau berkata, pematuhan kepada piawaian tersebut akan membuka peluang lebih besar kepada produk gula apong dan hasil berasaskan nipah untuk dipasarkan secara komersial di peringkat domestik dan antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik komitmen SNDB dalam merealisasikan projek berkenaan yang disifatkan mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk Kabong, khususnya pengusaha nira nipah.

Menurutnya, pembangunan pusat pemprosesan itu juga dijangka merangsang pertumbuhan industri hiliran berasaskan nipah, sekali gus mewujudkan rantaian nilai yang lebih kukuh kepada sektor berkenaan.

Chee Kadir berharap projek tersebut menjadi pemangkin kepada pembangunan industri gula apong yang lebih moden, mampan dan berdaya saing, selain meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar serta mengangkat Kabong sebagai antara pengeluar utama produk berasaskan nipah di Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: SUF 2.0 perkasa pembangunan bandar mampan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.