Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program taklimat PCDS 2030 perlu diperluas di peringkat kampung
  • Tengah
  • WILAYAH

Program taklimat PCDS 2030 perlu diperluas di peringkat kampung

Utusan Sarawak 7 months ago

UNTUK KENANGAN.....Safiee merakam kenangan bersama peserta Program Taklimat dan Penerangan PCDS 2030 di di Dewan Masyarakat Daro, semalam.

DARO: Program Taklimat dan Penerangan Inisiatif Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) perlu diperluaskan kepada rakyat di peringkat akar umbi di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, usaha itu perlu dilakukan berikutan keadaan penduduk di Daerah Daro berselerak merangkumi di bawah pentadbiran Daerah Sibu, Meradong, Matu dan Daro.

“Ya, kita boleh adakan program itu di peringkat akar umbi (kampung), supaya ia lebih dekat lagi dengan penduduk di Daro ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Taklimat dan Penerangan Inisiatif PCDS 2030 Kerajaan Sarawak, di Dewan Masyarakat Daro, semalam.

Taklimat tersebut diadakan sempena Program Jangkauan Setiausaha Politik anjuran Pejabat Setiausaha Politik Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Daro dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro.

Safiee yakin, penganjuran program tersebut dapat menyampaikan maklumat berkaitan inisiatif PCDS 2030 kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Saya berharap ia diteruskan pada masa akan datang. Pada masa sama, kita juga boleh memikirkan pendekatan yang sesuai di peringkat daerah dan DUN,” katanya.

Kira-kira 400 peserta terdiri daripada pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menghadiri program tersebut.

Antara penceramah yang turut memberi penerangan ialah wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Turut sama ialah adalah wakil Mutiara Mortgage dan Credit menerangkan bantuan kewangan pembelian perumahan, projek perumahan dan bantuan kewangan sewaan perumahan oleh wakil Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Pejabat Tanah dan Survei (JTS).

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Premier Sarawak, Samat Gany, John Nyigor, Fridah Osman Adenan serta Abang Abdul Aziz Datuk Dr Abang Abdul Draup.

Continue Reading

Previous: UNIFOR salur RM3.3 juta untuk pembangunan Gereja St Anthony setakat ini
Next: Rondaan Amnita wujudkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.