Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program ‘Save The Frogs Day’ libatkan lebih 600 peserta
  • PENDIDIKAN

Program ‘Save The Frogs Day’ libatkan lebih 600 peserta

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SAVE FROG… Guru-guru dan pelajar SMK Medamit yang menyertai Program Save The Frogs Day.

LIMBANG: Seramai 560 murid dan 55 staf Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medamit telah menyertai Program Save The Frogs Day yang berlangsung, kelmarin.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak sekolah memaklumkan bahawa antara pengisian utama program ialah pertandingan Save The Frogs Treasure Hunt dan Save The Frogs Explorace, yang bertujuan meningkatkan minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Pelbagai kemahiran turut diterapkan melalui pertandingan ini, khususnya dalam bidang Sains dan Matematik,” jelas kenyataan itu.

Sebanyak 10 sekolah rendah saluran SMK Medamit turut dijemput menyertai program berkenaan, dengan penyertaan sembilan buah sekolah, 25 guru pengiring dan 62 murid sekolah rendah yang hadir memeriahkan acara.

Antara pertandingan yang dianjurkan untuk sekolah rendah ialah Frogs Drawing Contest, Frogs Postcard Design dan Frogs Life Cycle Model Design, semuanya bertujuan memupuk kreativiti pelajar dalam bidang STEM serta menyokong dasar Pendidikan Digital menjelang 2027.

Selain itu, SMK Medamit turut bekerjasama dengan NADI Nanga Medamit menganjurkan pertandingan Save The Frogs secara dalam talian, terbuka kepada semua pelajar sekolah di daerah Limbang dan Lawas.

“Program ini bukan sahaja mendidik murid mengenai pentingnya memelihara spesies amfibia seperti katak, tetapi juga menyokong inisiatif ‘Alam Sekitar Sarawak Sihat’,” jelas pihak sekolah lagi.

Save The Frogs Day mendapat sokongan padu daripada murid, guru, ibu bapa serta komuniti setempat di Limbang dan Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Aimimuqri Harraz raih keputusan cemerlang walaupun duduki SPM di hospital
Next: SPM 2024: Sarawak catat pencapaian terbaik dalam tempoh 11 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.