MIRI: Yayasan Sarawak akan melanjutkan Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma kepada murid-murid daripada keluarga kurang berkemampuan.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan pelajar-pelajar sekolah, terutama dari keluarga kurang bernasib baik.
Pada masa sama katanya, kerajaan mahu memastikan tiada yang akan tercicir dalam pelajaran kerana alasan tiada pengangkutan ke sekolah.
“Bantuan Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma untuk anak-anak sekolah kurang berkemampuan seperti kumpulan B40 akan dilanjutkan oleh Yayasan Sarawak.
“Cara pemprosesan pembayaran kepada pengusaha bas sekolah akan dikaji semula supaya pembayaran dapat dijalankan dengan lebih cekap,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam anjuran Persatuan Bas Sekolah Perbandaran Miri di sebuah hotel di sini, kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut, calon Gabungan Parti Sarawak, Kaunselor Jeffery Phang.
Oleh LIONG CHAI LING