Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program perkasakan Ketua Masyarakat, Ketua Kaum perlu diteruskan – Safiee
  • WILAYAH

Program perkasakan Ketua Masyarakat, Ketua Kaum perlu diteruskan – Safiee

Utusan Sarawak 5 months ago

TAHNIAH.....Safiee menyampaikan Anugerah JKKK 2023 dan 2024 kepada JKKK Sungai Sebinjai (Rumah Hudson Madut).

SIBU: Program Pemantapan Personel Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) DUN N.43 Daro perlu diteruskan pada masa akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata penganjuran program itu adalah pendekatan terbaik untuk memperkasakan KMKK khursusnya di kawasan N.43 Daro di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Sibu dengan maklumat terkini.

“Saya percaya dengan ada maklumat terkini akan membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih baik.

“Saya menggunakan kesempatan ini selain daripada program yang biasa saya buat iaitu pemimpin bersama penduduk rumah panjang, ini adalah usaha kita mengumpulkan kesemua mereka,” katanya sambil memberitahu kawasan N.43 Daro di bawah pentadbiran Daerah Sibu terdapat 23 rumah panjang.

Safiee berkata, beliau menggunakan sebaik-baiknya untuk memaklumkan KMKK tentang status terkini projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan ini.

“Ini memudahkan kita mendapatkan kerjasama daripada mereka untuk bersama-sama membantu kelancaran sesuatu projek pembangunan kerana kawasan ini masih memerlukan projek yang besar seperti jalan, bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya.

“Jadi, inilah satu pendekatan yang baik dan saya telah cadangkan supaya ia diteruskan untuk masa-masa yang akan datang.

“Kerjasama antara Pusat Khidmat N.43 Daro, Pejabat Daerah Sibu, Pejabat Residen Bahagian Sibu dan sudah pastinya memberi kebaikan kepada kawasan di bawah pentadbiran Daerah Sibu ini,” katanya.

Pada program tersebut, diadakan penyampaian Anugerah JKKK 2023 dan 2024 yang dimenangi oleh JKKK Sungai Sebinjai (Rumah Hudson Madut).

Turut diadakan ialah penyampaian cek Insentif Tabir Urus JKKK 2024 dan Sejati Madani.

Turut hadir wakil Residen Bahagian Sibu, Haider Kowel Bete; wakil Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sarawak, Sophia Gira dan Temenggung Stanley Geramong Bandar.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Ketua Pegawai Eksekutif RECODA lawat projek jambatan baharu Lawas
Next: Empat kes kejadian tanah susur berlaku di Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.