Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Pendidikan Literasi Fungsian bantu masyarakat kuasai 3M, elak jadi mangsa penipuan
  • Utara
  • WILAYAH

Program Pendidikan Literasi Fungsian bantu masyarakat kuasai 3M, elak jadi mangsa penipuan

Utusan Sarawak 3 hours ago
TAMAT SESI…Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Noraizan Mohd Jamil bersama jemputan lain bergambar kenangan bersama peserta PLF bagi sesi 2025. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) merupakan satu inisiatif penting dalam memperkasa masyarakat menerusi penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Noraizan Mohd Jamil, berkata kemahiran itu bukan sahaja membantu meningkatkan tahap pendidikan, malah membuka peluang untuk memperbaiki taraf hidup, kesejahteraan keluarga dan pembangunan komuniti secara keseluruhan.

Beliau berkata, Program PLF anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bertujuan membantu golongan dewasa menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

“Pada masa sama, kemahiran literasi bukan sekadar asas pendidikan, malah menjadi benteng penting untuk melindungi masyarakat daripada pelbagai bentuk penipuan atau scam yang semakin berleluasa,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Graduasi Pendidikan Literasi Fungsian di Rumah Giling, Sungai Buloh A, Bakong yang berlangsung di Bilik Mesyuarat sebuah hotel, di sini, hari ini.

TERBAIK…DSP Noraizan menympaikan hadiah kepada peserta PLF Liu Shin Kiun bagi kategori menulis terbaik. Foto Jiku Juguong

Majlis itu dianjurkan oleh Unit Pembangunan Komuniti (PKOM) KEMAS Baram di bawah seliaan Siti Salmah Abdullah.

Noraizan berkata, peserta PLF yang menguasai kemahiran literasi lebih berupaya memahami maklumat, membaca syarat serta mengenal pasti amaran sebelum membuat sebarang keputusan.

Menurutnya, program itu turut membantu meningkatkan kualiti hidup peserta melalui penguasaan ilmu dan kemahiran, termasuk literasi digital, sekali gus membolehkan mereka menggunakan telefon pintar serta perkhidmatan dalam talian dengan lebih selamat.

Beliau turut mengingatkan peserta supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran hadiah atau panggilan telefon yang berunsur penipuan.

PESERTA PLF Rh Giling Sungai Buloh A mempersembahkan cerita pendek pada majlis Graduasi PLF di bilik mesyuarat sebuah hotel di Marudi. Foto Jiku Juguong

“Peserta PLF bukan sahaja mampu meningkatkan pengetahuan diri, malah boleh menjadi contoh kepada masyarakat serta membantu ahli keluarga, khususnya warga emas, agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan,” katanya.

Beliau berkata, program PLF bukan sahaja meningkatkan tahap pendidikan masyarakat, malah berperanan melahirkan komuniti yang lebih berilmu, celik digital, berwaspada dan selamat daripada ancaman penipuan siber.

Pada majlis itu, seramai 20 peserta menerima sijil tamat Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) bagi sesi 2025.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Ahmad Mukhlis, Siti Maisara johan Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sarikei
Next: Tiga sarang lebah madu di kawasan SMK Tutoh Apoh berjaya dimusnakan APM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.