Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program OTG dekati pelbagai lapisan masyarakat
  • TEMPATAN

Program OTG dekati pelbagai lapisan masyarakat

Utusan Sarawak 5 years ago
SATU, DUA,TIGA… Faridah Osman melakukan upacara pelepasan konvoi yang disertai oleh beliau sendiri di Balingian semalam.

BALINGIAN: Program On-The-Go Community (OTG) yang diadakan di sini merupakan sesuatu pendekatan yang unik dalam mendekati masyarakat.

Berlangsung di tempat letak kereta pasar lama Balingian pada 22 Julai lalu, ia adalah anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.58 Balingian.

Program yang berorientasikan penglibatan secara aktif pemuda dalam masyarakat itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri, Faridah Osman.

Beliau yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi pada aktiviti tersebut, menyentuh tentang pentingnya memelihara keharmonian yang sedia terjalin.

“Sebagai anak Sarawak, kita harus bangga dengan Sarawak yang harmoni sungguhpun terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama,” ujarnya.

Selain daripada mempertahankan kehamornian dan perpaduan sedia terjalin, Faridah juga menyatakan adalah perlu untuk mengetahui sejarah negeri.

“Juga penting bagi kita meraikan hari Sarawak ini supaya generasi sekarang dan generasi mendatang mengetahui dan mempunyai kesedaran berkenaan sejarah Sarawak terutama perjuangan pemimpin terdahulu serta pembentukannya,” katanya lagi.

Antara aktiviti Pemuda PBB yang bergabung dengan Wanita PBB itu adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan pemuda dalam penganjuran pelbagai program dalam komuniti yang berkonsepkan gotong-royong, riadah dan penyampaian informasi terkini kepada masyarakat

Pengisian Program OTG Pemuda N.58 Balingian itu adalah Konvoi Bermotosikal Kibar Bendera Sarawak ke kampung-kampung sekitar Balingian dan gotong-royong pembersihan tebingan sungai di Kawasan pasar lama, Balingian

Sementara bagi Wanita PBB, mereka mengetengahkan demonstrasi memasak, zumba dan juga gotong-royong.

Program OTG berkenaan turut dilaksanakan di Ranting Kampung Sau di Dewan Serbaguna Kampung Sau, Ranting Kampung Temesu/Bayan Ulu (Dewan Serbaguna Rh. Kalang), Ranting Kampung Pulat (melibatkan gotong-royong di gelanggang serbaguna, menebas sekitar balai raya dan membersih Surau Nur Islam) dan Ranting Kampung Masjid (gotong-royong membersih dan mengecat gelanggang serbaguna)

Selain Faridah, juga hadir alah Ketua Wanita PBB Cawangan Balingian, Amiey Kaliew, Ahli Jawankuasa PBB Balingian, Sameon Yusuf, Timbalan Ketua Pemuda PBB Balingian, Mohd. Taib Biak dan ketua-ketua ranting PBB Cawangan Balingian.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Program LEADS bantu penduduk celik huruf
Next: Operasi SAR warganegara India lemas diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.