Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Parti SEDAR sedia bekerjasama dengan BN, sifat kemenangan Johor isyarat rakyat pilih kestabilan
  • TEMPATAN

Parti SEDAR sedia bekerjasama dengan BN, sifat kemenangan Johor isyarat rakyat pilih kestabilan

Utusan Sarawak 16 hours ago
PRESIDEN Parti Sedar Rakyat (SEDAR), Affendi Jeman.

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) secara terbuka menyatakan kesediaan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dengan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang susulan kemenangan gabungan itu dalam pilihan raya di Johor.

Presidennya, Affendi Jeman berkata, keputusan tersebut membuktikan rakyat kini lebih mengutamakan kestabilan politik, kepimpinan yang berwibawa serta kerjasama yang mampu menjamin kemajuan negeri dan negara.

“Landskap politik Malaysia memerlukan pendekatan baharu yang berteraskan persefahaman, saling menghormati dan kerjasama strategik antara parti-parti yang berkongsi aspirasi membangunkan negara.

“Politik yang terlalu berpecah hanya akan melambatkan usaha memacu pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, atas dasar itu SEDAR bersedia memperkukuhkan hubungan dengan BN serta rakan-rakan yang sehaluan bagi membentuk sebuah gabungan yang stabil, progresif dan inklusif menjelang PRU akan datang.

Affendi turut menegaskan Sabah dan Sarawak tidak lagi wajar dilihat sebagai pelengkap kepada politik nasional, sebaliknya perlu menjadi rakan strategik yang setara dalam menentukan hala tuju negara.

“Sebarang kerjasama politik hendaklah berasaskan prinsip saling menghormati, pengagihan pembangunan yang adil serta pengiktirafan terhadap hak dan kepentingan rakyat di kedua-dua wilayah berkenaan.

“Gabungan parti-parti yang mempunyai komitmen terhadap kestabilan, integriti dan pembangunan diyakini mampu membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih bersatu, makmur dan berdaya saing,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan yang dicapai di Johor dan berharap mandat yang diberikan rakyat dapat diterjemahkan kepada pentadbiran yang cemerlang, berintegriti serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sibu diangkat sebagai bandar pintar rendah karbon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.