Todak Berjaya 1 juara Raja Sungai Sejijak Antarabangsa 2026

Facebook
WhatsApp
PARA pemenang bergambar kenangan bersama Datuk Seri Fadillah Yusof semasa penyampaian hadiah

KUCHING: Pasukan Todak Berjaya 1 muncul juara kategori Raja Sungai Sejijak Antarabangsa pada Regata Sejijak 2026, sekali gus membawa pulang piala pusingan kejohanan.

Pasukan Sinaran Ratu Siska 1 menduduki tempat kedua, manakala GP Binladen Pantai Damai menamatkan saingan di tempat ketiga.

Perlumbaan yang berlangsung di Sungai Sejijak itu menyaksikan persaingan sengit antara pasukan yang bertanding sehingga ke garisan penamat.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, sambil disaksikan ratusan penduduk setempat dan pengunjung yang membanjiri tebing sungai bagi memeriahkan Regata tahunan berkenaan.

Oleh Afiq Sallehi