Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Program ‘Kayuh & Sarapan’ tarik 100 peserta
  • SUKAN

Program ‘Kayuh & Sarapan’ tarik 100 peserta

Utusan Sarawak 5 years ago
MULA… Para peserta memulakan aktiviti kayuhan santai sekitar Bandar Sibu.

SIBU: Program kayuhan santai yang dikenali ‘Kayuh & Sarapan’ sejauh 20 kilometer berjaya menarik penyertaan seramai 100 peminat sukan berbasikal di sini, semalam.

Program yang disertai Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr. Annuar Rapa’ee itu, bermula dan berakhir di Surau Darul Islam Kampung Bandong.

Kayuhan bermula sekitar 6.30 pagi dan semua peserta pelbagai peringkat usia berjaya menamatkan kayuhan santai berkenaan.

Antara destinasi yang dilalui oleh peserta ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sibu, Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), Stadium Tun Zaidi, Wisma Persekutuan Blok 3 dan SMK Kampung Nangka.

Turut dilalui adalah Kem Sri Rajang, Kampung Nangka, Pelangi Kiosk, Kampung Hilir, Dataran Fasa II, Dataran Fasa I dan kembali ke titik penamat di Surau Darul Islam Kampung Bandong.

Program merupakan inisiatif golongan belia Sibu yang meminati sukan berbasikal secara santai.

Program itu juga mengajak orang ramai ke arah mengutamakan kecergasan dan kesihatan dengan aktiviti sukan.

Continue Reading

Previous: Sentiasa beringat!
Next: Tinju: Bukan sekadar ‘Jaguh Kampung’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.