Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Jelajah CSR: Konvoi rentas Lawas ke Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Program Jelajah CSR: Konvoi rentas Lawas ke Limbang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PELEPASAN KONVOI… Dato Henry Sum Agong melakukan pelepasan konvoi Jelajah CSR 4×4 Sabah, Sarawak dan Putrajaya di Lawas ke Limbang.

LAWAS: Konvoi kenderaan pacuan empat roda yang melibatkan Malaysia Four Wheel Drive Association, Persatuan Pacuan Empat Roda Negeri Sarawak, dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia telah berlepas dari Lawas ke Limbang dalam rangka Program Jelajah CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat), sebelum pulang semula ke Sabah pada Ahad.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong telah menyempurnakan pelepasan konvoi yang terdiri daripada 35 kenderaan pacuan empat roda dari Lawas, Limbang, Sabah dan Putrajaya di sebuah hotel terkemuka di Lawas hari ini.

BERSEMANGAT…Dato Henry Sum Agong bersama (duduk kanan) Ladin Atok, Nor Azli Mohammad Daud bersama peserta Jelajah CSR 4×4 Sarawak, Sabah dan Malaysia sebelum berangkat ke Limbang.

Henry Sum memberitahu program seumpama ini sememangnya mempunyai ramai pengemar khususnya rakan pemilik kenderaan pacuan empat roda di Sarawak dan Sabah.

“Ramai kalangan penduduk kita di Lawas menggunakan kenderaan pacuan empat roda ini sebagai pengangkutan utama kerana keadaan jalan raya yang mencabar di kawasan pendalaman.

“Ini bukan suatu kebanggaan tetapi suatu keperluan untuk memiliki kenderaan pacuan empat roda bagi memudah pergerakan melalui jalanraya pembalakan yang sukar dan mencabar,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Beliau juga berharap pihak kementerian Belia dan Sukan dari Persekutuan dapat menganjurkan lebih banyak program untuk pemilik dan ahli kelab kenderaan pacuan empat roda di Lawas ini.

Konvoi ini akan mengikuti program CSR di daerah Limbang bersama Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah pada Ahad sebelum berangkat balik ke Sabah pada petang yang sama.

Turut hadir, Pengarah KBS Putrajaya Nor Azli Mohammad Daud, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pengerusi Persatuan Pacuan Empat Roda Negeri Sarawak Samuel Ganang dan rakan daripada Malaysia Four Wheel Drive Association.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 54 anak yatim dirai dalam sambutan Aidilfitri
Next: Perluas pembinaan taman lalu lintas semua bahagian di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.