Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program IOW dilaksana di 4,500 lokasi
  • TEMPATAN

Program IOW dilaksana di 4,500 lokasi

Utusan Sarawak 4 years ago
MENGEDARKAN RISALAH… Swady Guliling bersama anggota JaPen Sarikei mengedarkan risalah dan poster pembudayaan norma baharu Covid-19, proklamasi darurat dan program vaksinasi Covid-19 kepada peniaga gerai dan pengunjung yang berada di Pusat Penjaja Sungai Sarikei dan Taman Merdeka.

SARIKEI: Lebih 4,500 lokasi di seluruh Sarawak telah dikunjungi oleh Jabatan Penerangan (JaPen) untuk melaksanakan Program Info On Wheels (IOW) sejak Januari 2021 hingga semalam.

Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Swady Guliling berkata, program IOW turut dilaksanakan di seluruh Malaysia.

“Hari ini (semalam) kita mengedarkan risalah dan juga poster berkenaan dengan vaksin Covid-19 dan norma baharu yang selama ini kita amalkan.

“Kita turun ke padang untuk berjumpa secara bersemuka dengan masyarakat dan mengedarkan poster-poster dan juga bahan-bahan penerbitan untuk memberi kesedaran kepada mereka,” katanya ketika ditemu bual para pemberita di Pusat Penjaja Sungai Sarikei, pagi semalam.

Katanya, untuk kali ini JaPen memfokuskan maklumat berkenaan Program Vaksinisasi Kebangsaan.

Sepanjang program ini, Swady bersama anggota JaPen Sarikei mengedarkan risalah dan poster pembudayaan norma baharu Covid-19, proklamasi darurat dan program vaksinasi Covid-19 kepada peniaga gerai dan pengunjung yang berada di situ.

Selain itu, beliau turut memberi penerangan berkaitan kepentingan pendaftaran vaksinasi kepada orang awam yang ditemui di Pusat Penjaja Sungai Sarikei dan Taman Merdeka.

“Kita harapkan dengan adanya program sebegini, kita akan dapat membantu lebih ramai masyarakat memahami norma baharu yang perlu terus diamalkan dan supaya memperbanyakkan lagi rakyat Malaysia terlibat dalam program pendaftaran vaksin dan seterusnya nanti mengambil vaksin.

“Sebab itu, penting bagi kita memberi kesedaran ini supaya lebih cepat proses pendaftaran dan juga vaksinisasi,” ujarnya.

Turut hadir di program IOW ini ialah Timbalan Pengarah Penerangan Negeri, Aziz Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen Sarawak, Ajes Tuah dan Pegawai Penerangan Daerah Sarikei, Michael Sabek.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Jangan biar diri dieksploitasi – Harden
Next: Eratkan kerjasama JKKK, agensi kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.