Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Bersama Keluarga tingkat kesedaran bahaya dadah di Selangau
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Bersama Keluarga tingkat kesedaran bahaya dadah di Selangau

Utusan Sarawak 6 hours ago
UNTUK KENANGAN…Para peserta Program Bersama Keluarga anjuran AADK Daerah Sibu dan JKKK Rumah Alexson merakam gambar kenangan.

SELANGAU: Program Bersama Keluarga anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu dan JKKK Rumah Alexson menjadi wadah untuk memperkasakan kesedaran komuniti terhadap bahaya dadah.

AADK Daerah Sibu menerusi kenyataan di Facebooknya memberitahu, program itu memfokuskan kepada latihan kemahiran hidup dan pembinaan daya tahan bagi mengelakkan penglibatan dalam gejala sosial.

Di samping mengekalkan sokongan berterusan daripada ahli keluarga sebagai tonggak utama dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah.

Seramai 90 peserta yang terdiri daripada penduduk rumah panjang tersebut dan kawasan sekitar telah hadir memberikan sokongan terhadap program berkenaan.

Antara pengisian utama program termasuklah Ceramah Intervensi Keluarga dan Latihan Dalam Kumpulan yang dikendalikan oleh AADK.

SEMAI KESEDARAN BAHAYA DADAH…Sekitar penganjuran Program Bersama Keluarga anjuran AADK Daerah Sibu dan JKKK Rumah Alexson di Selangau.

Selain itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau turut terlibat melalui penyampaian ceramah keselamatan dan pameran kepada para peserta.

Bagi menyemai nilai positif sejak awal, pertandingan mewarna bertemakan antidadah turut diadakan bagi kategori kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun serta 7 hingga 12 tahun.

Pada masa yang sama, pameran antidadah turut dibuka bagi memberi pendedahan tentang kesan negatif bahan terlarang kepada masyarakat.

Sebagai usaha memperluas jaringan sukarelawan, pihak AADK turut membuka kaunter pendaftaran atas talian bagi SKUAD Antidadah yang menyasarkan penyertaan individu berumur 18 tahun ke atas.

Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Pegawai Tadbir, Chua Siong Wei, yang mewakili Pegawai Daerah Selangau.

Turut hadir ialah Ketua Daerah AADK Sibu, Azimah Marsid, Ketua Cawangan Sibu MKN, Nur Syahirah Samsul, wakil BBP Selangau, Hansil Boniface serta Tuai Rumah (Tr) Alexson Segie Mekie.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Saberkas Bukit Sari pilih kepimpinan baharu, tampil barisan pelapis muda
Next: 35 kenderaan dikesan langgar peraturan dalam Ops Lebih Muatan di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.