Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 35 kenderaan dikesan langgar peraturan dalam Ops Lebih Muatan di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

35 kenderaan dikesan langgar peraturan dalam Ops Lebih Muatan di Bintulu

Utusan Sarawak 4 hours ago
JPJ Bintulu menjalankan Ops lebih muatan di Jalan Kidurong semalam. Foto JPJ Sarawak

BINTULU: Sebanyak 35 kenderaan perdagangan dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam Op Lebih Muatan yang dijalankan di Jalan Kidurong, di sini, semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak (JPJ), operasi tersebut dilaksanakan menerusi Unit Timbang Mudah Alih dengan kerjasama JPJ Cawangan Bintulu melalui penguatkuasaan secara statik.

Sepanjang operasi, sebanyak 35 kenderaan perdagangan dan barangan telah ditahan serta diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan, antaranya membawa muatan berlebihan, membawa muatan berbahaya serta mengubah suai struktur atau peralatan kenderaan tanpa kelulusan. Turut dikesan kesalahan lain melibatkan aspek teknikal kenderaan.

JPJ Bintulu menjalankan Ops lebih muatan di Jalan Kidurong semalam. Foto JPJ Sarawak

Menurut kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap semua kesalahan yang dikesan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ Sarawak memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang, khususnya melibatkan kenderaan perdagangan kerana berpotensi mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, operasi seumpama ini akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa tinggi.

Oleh Faizah Muzidi

Continue Reading

Previous: Program Bersama Keluarga tingkat kesedaran bahaya dadah di Selangau
Next: Murid 12 tahun hilang selepas larikan diri dari sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.