Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PRK Jepak: Calon ingatkan penyokong GPS jaga disiplin
  • WILAYAH

PRK Jepak: Calon ingatkan penyokong GPS jaga disiplin

Utusan Sarawak 2 years ago
JELASKAN… Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) PRK Jepak, Iskandar Turkee selepas sesi simulasi proses penamaan calon bagi PRK Jepak di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

BINTULU: Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) dinasihatkan agar mengelakkan sebarang provokasi dan kekal profesional sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Jepak berlangsung.

Calon GPS PRK Jepak, Iskandar Turkee, berkata, beliau percaya bahawa setiap penyokong GPS bersikap matang kerana sudah menghadapi banyak pilihan raya sebelum ini.

“Saya percaya penyokong GPS berhemah dan akan memberikan sokongan yang terbaik kepada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi simulasi proses penamaan calon bagi PRK Jepak di Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.

Esok adalah hari penamaan calon, manakala pengundian 4 November nanti.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati agar penduduk yang mendaftar sebagai pengundi di DUN Jepak untuk beramai-ramai melunaskan tanggungjawab dengan turun mengundi pada PRK Jepak, 4 November depan.

“Saya meminta agar semua pengundi yang berdaftar untuk turun beramai-ramai pada tarikh yang sudah ditetapkan, khususnya golongan muda di kawasan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa GPS sudah menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK yang akan datang.

“Setiap parti komponen GPS akan terlibat bagi memastikan kami mencapai kejayaan dan saya pasti pucuk kepemimpinan GPS sangat komited bagi mencapai kejayaan,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: PRK Jepak: 9 set borang penamaan calon dijual
Next: PRK Jepak: Apakah lebih 3 calon bersaing?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.