Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Presiden Xi puas hati, gembira dengan lawatan negara ke Malaysia
  • NASIONAL

Presiden Xi puas hati, gembira dengan lawatan negara ke Malaysia

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Luar Datuk Seri Mohamad Hassan berucap pada majlis perasmian Penutupan Latih Amal Keselamatan Negara Kepengerusian ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Presiden China Xi Jinping berpuas hati dan menzahirkan rasa gembira terhadap lawatan negaranya ke Malaysia bulan lepas.

Beliau turut menyifatkan lawatannya itu sebagai amat berjaya, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Mohamad, maklum balas itu disampaikan kepada beliau oleh Kementerian Luar China baru-baru ini.

“Tahniah kepada semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Latih Amal Keselamatan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini. 

Lawatan negara tiga hari Xi atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bulan lepas  menandakan kunjungan rasmi kedua pemimpin Negara Tembok Besar itu ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan terakhir pada 2013.

Selain diberikan sambutan negara di Istana Negara, Xi turut diraikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis makan malam rasmi di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. 

Lawatan itu menyaksikan pertukaran 31 dokumen termasuk Memorandum Persefahaman (MoU), perjanjian dan nota persefahaman bagi memperkukuh kerjasama, sekali gus menandakan lembaran baharu hubungan dua hala antara kedua-dua negara. 

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata Mesyuarat Kabinet hari ini turut mendengar cadangan supaya satu bangunan persidangan bertaraf antarabangsa diwujudkan di Bandar Malaysia, di sini.

Beliau berkata cadangan itu dikemukakan kerana Malaysia mungkin terlibat dalam pelbagai penganjuran acara bertaraf antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang dan bangunan KLCC sudah lama dan perlu difikir kesesuaian dari segi keselamatan. 

Malaysia turut membida untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Komanwel, katanya. 

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Capital A luas pasaran di Arab Saudi, teroka laluan baharu AirAsia, pelan logistik
Next: MOTAC bincang tambah penerbangan terus ke Arab Saudi – Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.