Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Presiden Venezuela mohon Mahkamah Agung audit, sahkan keputusan pilihan raya
  • GLOBAL

Presiden Venezuela mohon Mahkamah Agung audit, sahkan keputusan pilihan raya

Utusan Sarawak 10 months ago
NICOLAS Maduro.

CARACAS: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro semalam mengemukakan permohonan kepada Dewan Pilihan Raya Mahkamah Agung untuk mengaudit dan mengesahkan keputusan pilihan raya presiden Ahad lepas di tengah-tengah desakan bagi membuktikan ketelusan.

Maduro meminta mahkamah tertinggi untuk memanggil institusi berkaitan bagi membandingkan semua bukti dan memperakui serta mendapatkan pendapat pakar mengenai keputusan pilihan raya pada 28 Julai, lapor Xinhua.

“Saya memberitahu Dewan Pilihan Raya bahawa saya bersedia untuk dipanggil dan disoal siasat sebagai calon presiden yang menang dalam pilihan raya Ahad…” katanya.

The Great Patriotic Pole dan Parti Sosialis Bersatu Venezuela yang menyokong pencalonan semula Maduro bersedia mengemukakan 100 peratus rekod pilihan raya yang diperoleh mereka.

Maduro juga berkata bahawa Dewan Pilihan Raya harus mengharapkan perkara yang sama daripada setiap calon dan organisasi politik.

Pada Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Venezuela mengisytiharkan Maduro sebagai pemenang pilihan raya presiden buat penggal ketiga berturut-turut sejak 2013. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Lebih 60 individu di pejabat TikTok Singapura keracunan makanan
Next: Dalang serangan 9/11 setuju mengaku bersalah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.