Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Presiden terpilih AS Donald Trump tiba untuk upacara pelantikan
  • GLOBAL

Presiden terpilih AS Donald Trump tiba untuk upacara pelantikan

Utusan Sarawak 4 months ago
TRUMP dan Biden menghadiri upacara pelantikan Presiden Amerika Serikat ke-47 yang berlangsung di Rotunda Capitol Gedung Capitol AS di Washington DC, malam tadi. Foto AFP

WASHINGTON: Donald Trump tiba di Rumah Putih menjelang pelantikannya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di Washington DC malam tadi, lapor United Press International (UPI).

Upacara pelantikan dijadual bermula pada 11.00 pagi waktu tempatan (EST) di Capitol Rotunda. Presiden Joe Biden dan Wanita Pertama Jill Biden menyambut ketibaan Trump bersama isterinya, Melania.

Naib Presiden Kamala Harris turut berjumpa dengan Naib Presiden Terpilih J.D. Vance sebelum majlis bermula.

“Selamat kembali,” kata Biden kepada Trump semasa ketibaannya di Rumah Putih.

Di dalam kediaman rasmi presiden itu, mereka menghadiri sesi minum teh sebelum bergerak secara  konvoi ke Capitol. 

Majlis pelantikan kali ini tidak diadakan di lokasi kebiasaannya, National Mall, disebabkan cuaca sejuk.

National Mall, yang terletak di seberang Constitution Ave. NW, merupakan lokasi di mana Trump, selaku Presiden AS ke-45, mengadakan perhimpunan “Stop the Steal” pada 6 Januari 2021. Selepas perhimpunan itu, penyokong Trump berarak ke Bangunan Capitol AS dan merusuh, mengganggu sesi pengesahan keputusan pilihan raya buat sementara waktu. Lebih daripada 1,200 orang telah didakwa atas insiden berkenaan.

Pemindahan lokasi ke Rotunda, yang menyediakan sekitar 800 tempat duduk, menyebabkan ramai hadirin yang telah ke Washington terpaksa menonton majlis itu dari lokasi lain, termasuk di Arena Capital One.

Bekas Presiden Barack Obama, George W. Bush, dan Bill Clinton turut hadir dalam majlis pelantikan itu.

Trump tidak hadir pada majlis pelantikan Biden empat tahun lepas. – Bernama – UPI

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pemimpin Singapura ucap tahniah kepada Trump
Next: Trump angkat sumpah untuk penggal kedua, AS siap hadapi perubahan besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.