Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Presiden Mali letak jawatan
  • GLOBAL

Presiden Mali letak jawatan

Utusan Sarawak 5 years ago
IBRAHIM Boubacar Keita umum peletakan jawatan sebagai Presiden Mali.• Foto AFP

BAMAKO: Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta, semalam, sehari selepas rampasan kuasa didalangi askar pemberontak.

Keita, 75, ketika membuat pengumuman itu menerusi siaran televisyen rasmi negara berkenaan, berkata kerajaan dan keseluruhan Jemaah Menteri akan dibubarkan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini, mengumumkan keputusan meletakkan jawatan dan berterima kasih kepada rakyat Mali di atas sokongan yang diberikan beberapa tahun ini serta kasih sayang mereka,” katanya.

Pengumuman tergempar itu dibuat selepas askar pemberontak bertindak menawan Keita dan Perdana Menteri Mali, Boubou Cisse, semalam. Insiden sedemikian dilihat tercetus selepas ketegangan politik di Mali, selain siri gerakan bantahan sehingga mengundang maut di Sahal, sejak beberapa bulan lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Menteri Kewangan Kanada letak jawatan
Next: Dua maut, 170 cedera dalam gempa bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.