Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak terima kunjungan hormat AIAC
  • SEMASA

Premier Sarawak terima kunjungan hormat AIAC

Utusan Sarawak 3 years ago

KUNJUNGAN…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terima kunjungan hormat daripada Syarikat Asian International Arbitration Centre (AIAC) Malaysia di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Syarikat Asian International Arbitration Centre (AIAC) Malaysia di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Rombongan yang diketuai Pengarahnya, Tan Sri Datuk Suryadi Halim Omar itu turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Perjumpaan tersebut bertujuan memperkenalkan AIAC kepada Sarawak di samping membincangkan beberapa perkara berhubung Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

Untuk rekod, AIAC merupakan institusi pembekal perkhidmatan Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) yang diiktiraf di rantau ini yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan timbang tara tetapi juga pengantaraan dan penghakiman.

Continue Reading

Previous: PJKM dianjurkan di lebih 177 lokasi
Next: Langkah bijak raikan Hari Malaysia di luar Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.