Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Prada ambil alih pesaing, Versace
  • GLOBAL

Prada ambil alih pesaing, Versace

Utusan Sarawak 2 months ago

ROM: Syarikat fesyen mewah Itali, Versace, telah diambil alih oleh pesaingnya, Prada, dalam satu perjanjian yang menyatukan dua nama terbesar dalam dunia fesyen mewah, lapor agensi berita Jerman dpa.

Langkah itu diumumkan pada Khamis di Milan oleh Kumpulan Prada, yang turut memiliki jenama mewah lain seperti Miu Miu dan Church’s.

Sejak beberapa tahun lepas, Versace – yang dinamakan bersempena nama pengasasnya Gianni Versace – telah berada di bawah naungan Capri Holdings berpangkalan di Amerika Syarikat. Harga pembelian itu dilaporkan bernilai €1.25 bilion (AS$1.4 bilion).

Spekulasi mengenai pengambilalihan itu telah berlarutan selama beberapa bulan. Bagaimanapun, menurut akhbar Corriere della Sera, beberapa halangan perlu diatasi sebelum kedua-dua jenama Itali itu dapat bergabung.

Turut dilaporkan bahawa tarif membebankan yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap beberapa negara, termasuk Itali, sebelum ini turut menjadi kebimbangan dalam proses rundingan.

Harga pembelian Versace, yang diasaskan pada 1978, pada masa ini adalah lebih rendah daripada tawaran asal berjumlah €1.5 bilion.

Prada pula ditubuhkan pada 1913. Capri Holdings masih memiliki beberapa jenama terkenal lain seperti Michael Kors dan Jimmy Choo.

Prada dan Versace masing-masing merupakan antara nama paling berpengaruh dalam dunia fesyen Itali.

Pengasas Versace, Gianni Versace, telah dibunuh di Amerika Syarikat pada 1997. Sebulan lepas, adik perempuannya Donatella Versace meletak jawatan sebagai pengarah kreatif selepas hampir tiga dekad memegang jawatan itu. Dario Vitale yang sebelum ini bekerja untuk Miu Miu, kini menjadi pengarah kreatifnya yang baharu. – Bernama – dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bitcoin naik 5.9 peratus susulan pengumuman penangguhan tarif 90 hari Trump
Next: Trump tangguh tarif 90 hari: 15 negara kemuka cadangan perjanjian perdagangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.