Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pra pelancaran program Sarawakku Sayang di Miri bermula hari ini
  • WILAYAH

Pra pelancaran program Sarawakku Sayang di Miri bermula hari ini

Utusan Sarawak 8 hours ago
DEKATI RAKYAT… Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 membuka tirainya hari ini sebagai langkah awal mendekati rakyat serta menyampaikan pelbagai inisiatif kerajaan secara terus kepada masyarakat.

MIRI: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 membuka tirainya dengan pra pelancaran bermula hari ini sebagai langkah awal mendekati rakyat serta menyampaikan pelbagai inisiatif kerajaan secara terus kepada masyarakat.

Pra pelancaran program itu disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.

Program anjuran kerajaan Sarawak itu menjadi platform utama untuk menyalurkan maklumat berkaitan bantuan, perkhidmatan awam serta pelbagai inisiatif pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

DEKATI RAKYAT… Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 membuka tirainya hari ini sebagai langkah awal mendekati rakyat serta menyampaikan pelbagai inisiatif kerajaan secara terus kepada masyarakat.

Menerusi pendekatan turun padang, orang ramai berpeluang mendapatkan penerangan lebih jelas mengenai pelaksanaan program, selain berinteraksi secara langsung dengan agensi kerajaan serta pihak berkaitan.

Inisiatif itu turut dilihat mampu memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat, selain memastikan setiap maklumat berkaitan bantuan serta dasar kerajaan dapat disampaikan secara tepat dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

SKS 2026 dijangka menarik penyertaan ramai pengunjung sepanjang penganjurannya dengan pelbagai pengisian menarik termasuk pameran, kaunter perkhidmatan serta sesi libat urus bersama agensi terlibat.

ZULKIFLI Stephen, 64.

Sementara itu, seorang pengunjung, Zulkifli Stephen, 64, berkata program berkenaan memberi manfaat besar kepada rakyat kerana memudahkan mereka mendapatkan maklumat berkaitan bantuan termasuk Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang menawarkan bantuan sehingga RM1,100.

“Program ini bagus kerana orang ramai boleh terus bertanya dan memahami dengan lebih jelas mengenai bantuan yang disediakan,” katanya.

CHULIN Kemarau, 56, dan isterinya Sari Luwing, 52.

Bagi pasangan Chulin Kemarau, 56, dan isterinya Sari Luwing, 52, program tersebut memudahkan rakyat mendapatkan penjelasan secara terus di kaunter perkhidmatan.

“Banyak perkara boleh ditanya kerana masih ada yang kurang faham, terutama berkaitan pendidikan dan bantuan. Melalui program ini, lebih mudah untuk mendapatkan maklumat daripada staf yang bertugas,” ujar mereka.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Laluan mencabar halang usaha selamatkan pendaki wanita
Next: Pendaki wanita Australia ditemui selamat di Gunung Santubong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.