
SANTUBONG: Seorang pendaki wanita warga Australia yang dilaporkan hilang di Gunung Santubong berjaya ditemui dalam keadaan selamat selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Belinda Lapier, ditemui selepas usaha pencarian berdepan kesukaran akibat laluan pergunungan yang mencabar serta keadaan gelap.
Beliau berkata, operasi digerakkan segera sebaik laporan kehilangan diterima, dengan pasukan keselamatan menyusuri kawasan F7 dan laluan luar trek (off-trail) yang dipercayai dilalui mangsa.
Selepas beberapa jam pencarian dalam keadaan mencabar, mangsa akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan selamat sebelum dibawa keluar oleh pasukan SAR.
Operasi melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk polis, bomba dan renjer hutan.
Oleh Norman B