Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPMW5 patahkan cubaan seleweng 10,000 liter diesel
  • WILAYAH

PPMW5 patahkan cubaan seleweng 10,000 liter diesel

Utusan Sarawak 2 years ago

TUMPAS… PPMW5 berjaya merampas sebanyak 10,000 liter minyak diesel dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Jalan Ding Lik Kwong, tengah hari, semalam.

SIBU: Seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun, penjaga gudang ditahan pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) tengah hari semalam dipercayai menyeludup minyal diesel.

Dalam serbuan Ops Kontraban di sebuah gudang di Jalan Ding Lik Kwong sekitar 12.00 tengah hari semalam, PPMW5 telah menemui 10,000 liter minyak diesel di dalam tiga tangki besi, sebuah lori, pump minyak dan nozzel hose.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili menerusi siaran media hari ini berkata,  penjaga gudang terbabit gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki, menyimpan dan membawa barangan kawalan tanpa permit, lesen dan kebenaran khas daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan lebih kurang RM152,000.

“Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat KPDN Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut,” jelasnya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak peruntukkan RM400,000 baiki sekolah di Mulu
Next: Padah merokok di kedai makan, kena kompaun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.