Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • ‘Power Rangers’ turun mengundi
  • NASIONAL

‘Power Rangers’ turun mengundi

Utusan Sarawak 5 years ago
POWER RANGERS… Seorang pengundi di SMK Tansau,kira-kira 13 kilometer dari Kota Kinabalu mengenakan kostum adiwira ‘Power Rangers’ berwarna putih dilengkapi pedang mainan semasa mengundi. • Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Tempoh dua jam terakhir sebelum pusat pengundian ditutup  pada 5.00 petang menyaksikan  pengundi Sabah  terus  komited menunaikan tanggungjawab  mereka untuk  memilih kerajaan negeri baharu.

Komitmen ini dapat dilihat melalui peratusan keluar mengundi yang terus meningkat dari semasa ke semasa sejak proses pengundian bermula  pada 7.30 pagi.

Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 54 peratus pengundi telah mencalit dakwat hitam di jari mereka setakat 2.00 petang.

Pelbagai gelagat dan telatah pengundi dapat dilihat sepanjang proses pengundian.

Ini termasuk telatah seorang pengundi di SMK Tansau, kira-kira 13 kilometer dari sini yang mengenakan kostum adiwira ‘Power Rangers’ berwarna putih dilengkapi pedang mainan, menurut hantaran di Facebook Jabatan Penerangan Sabah.

Ada juga pengundi memakai mahkota dan pakaian tradisional suku kaum di Negeri di Bawah Bayu itu manakala satu lagi gambar yang tular memaparkan pengundi hadir dengan menaiki beca motosikal di Sekolah Kebangsaan (SK) Nongkolud, Tuaran.

Calon  Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin  Datuk Dr Yusof Yacob, yang juga Ketua Penerangan  parti itu, memilih untuk  memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika mengundi di  Sipitang. 

Memandangkan  pusat pengundian telah dibuka sejak 7.30 pagi, para petugas Kementerian Kesihatan yang memakai PPE  sentiasa membersihkan kotak  pengundian  untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pengundi selain  mengekang penularan pandemik Covid-19.

Ketika  rakyat Sabah sibuk  memilih  kerajaan baharu pada PRN Ke-16, media dikejutkan dengan pengumuman  satu lagi kes positif  Covid-19 membabitkan calon Barisan Nasional (BN) bagi  kerusi DUN Pitas  iaitu  Sufian Abd  Karim.

Menerusinya hantaran di Facebooknya, Sufian mengesahkan  bahawa beliau positif Covid-19 dan meminta  individu yang pernah  bersama-sama dengannya  baru-baru ini mengambil langkah berjaga-jaga  selain  memohon maaf kepada  para pengundi, petugas, jentera, rakan  serta keluarga yang banyak membantu  ketika kempen.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali  pula memaklumkan  pihaknya telah mengusir lebih 100 individu  disyaki memiliki dua kerakyatan  yang dipercayai cuba balik dari negara jiran untuk mengundi melalui jalan tidak sah di perairan negara.

Sebanyak  2,540 saluran di 741 pusat  mengundi  dibuka  di semua 73 kerusi  DUN  dan proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646  pengundi biasa  dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya  sehingga waktu mengundi tamat. – Bernama

Continue Reading

Previous: 1,800 usahawan PKS sertai KBBM – KSU
Next: Dr. Mahathir tidak berhasrat bertanding PRU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.