Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Positif Covid-19,Bolt jalani kuarantin
  • SUKAN

Positif Covid-19,Bolt jalani kuarantin

Utusan Sarawak 5 years ago
USAIN Bolt

RAJA pecut Olimpik , Usain Bolt, 33 memberitahu dia menjalani kuarantin sendiri selepas melakukan ujian Covid-19 selepas dilaporkan positif.

Menerusi video disiarkan di laman sosial Twitter, atlet Jamaica itu berkata, dia tidak mengalami sebarang simptom, tapi menggesa rakan rapatnya untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

“Hujung minggu ini, sama seperti orang lain, saya melihat di media sosial dan melihat paparan memberitahu saya dijangkiti Covid-19.

“Saya melakukan ujian pada Sabtu untuk meninggalkan (Jamaica) atas urusan kerja,” kata Bolt sekali pun tidak mengesahkan menerima keputusan itu.

“Saya cuba bersikap bertanggungjawab jadi saya akan kekal di rumah dan utamakan keselamatan.

“Saya tidak mempunyai sebarang simptom.

“Saya akan kuarantin sendiri dan menunggu pengesahan untuk langkah seterusnya dan melihat kesan selepas menjalani kuarantin diri melalui Kementerian Kesihatan.

“Sehingga itu, saya akan menghubungi rakan-rakan dan memberitahu mereka untuk mengutamakan keselamatan, kuarantin dan bertenang,” kata Bolt.

Juara Olimpik lapan kali, yang memegang rekod dunia 100 meter (m) dan 200m, kali terakhir bersaing di peringkat antarabangsa pada Kejohanan Dunia 2017 di London. – AFP

Continue Reading

Previous: Maddison tandatangani kontrak bersama Leicester
Next: Hafiz Jantan tidak mahu isu luar jejas prestasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.