Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pos Sempadan Merapok sesak
  • TEMPATAN

Pos Sempadan Merapok sesak

Utusan Sarawak 5 years ago
SENTIASA MEMBANTU… Jefry membantu seorang pelawat memuat turun aplikasi yang dikehendaki selain terus memberi penerangan berhubung peraturan dan SOP yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak.

LAWAS: Kesibukan pos sempadan Merapok yang menghubungkan Daerah Lawas dan Sindumin Sabah masih sesak dengan kenderaan dari negeri jiran.

Ramai yang berbaris panjang untuk memuat turun aplikasi MySejahtera dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri  Sarawak (JPBNS) bagi memudahkan kemasukan semula rakyat negeri ini ke Lawas.

Walaupun berdepan tekanan tinggi, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) Daerah Lawas dilihat amat tabah dan sentiasa membantu mereka yang berdepan masalah untuk memuat turun aplikasi berkenaan.

Mereka juga teliti dalam memastikan setiap individu yang memasuki Sarawak melalui Pos Sempadan Merapok adalah sihat.

Penolong Pembantu Kesihatan Kanan KKM Lawas Jefry Mohd Lazim dilihat tidak duduk diam melayan pelbagai karenah pelawat yang cuba mendapatkan bantuan mahupun penjelasan daripada mereka.

Pasukan KKM Lawas terus bersama pasukan Polis, Imigresen dan Kastam terus menjadi wira barisan hadapan yang sentiasa mengawal pintu sempadan Sarawak.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Pili bomba perlu dalam keadaan baik
Next: Tabika KEMAS Sungai Maong dinyahcemar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.