Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pos Malaysia hantar pulang barangan peribadi Nur Farah Kartini ke Sarawak
  • SEMASA

Pos Malaysia hantar pulang barangan peribadi Nur Farah Kartini ke Sarawak

Utusan Sarawak 9 months ago

IPOH: Pos Malaysia mengambil inisiatif menghantar barangan milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ke kampung halamannya di Sarawak. 

Satu majlis ringkas penyerahan barangan milik Allahyarham berupa pakaian, beg, buku dan pelbagai barangan peribadi diadakan di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI di Tanjung Malim pagi tadi oleh Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff kepada pihak Pos Malaysia.

Pengurus Besar Pos Malaysia Negeri Perak Noorzuriha Haron Noh Rashid berkata barangan itu dijangka tiba di rumah ibu Allahyarham, Siti Salmah Abdullah di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak pada pagi Selasa.

“Bagi pihak Pos Malaysia, kami bersimpati dengan nasib yang menimpa Allahyarham dan keluarganya. Justeru, ini sumbangan kemanusiaan Pos Malaysia buat keluarga Allahyarham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Md Amin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pos Malaysia yang menggerakkan misi ihsan berkenaan, sekali gus mencerminkan nilai kasih sayang rakyat Malaysia.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira 6 petang pada 15 Julai.

— BERNAMA

Gambar

Noorzuriha (lima dari kiri) menerima barangan milik Allahyarham Nur Farah Kartini daripada Md Amin di Bangunan Canselori untuk diuruskan penghantaran pulang ke Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak. Foto UPSI.

Continue Reading

Previous: Konflik antara manusia, buaya terus meningkat
Next: Kerajaan bantu tempatkan segera mangsa kebakaran 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.