Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemaskini: Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Tun Salahuddin
  • KEMALANGAN

Kemaskini: Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Tun Salahuddin

Utusan Sarawak 2 months ago
POS Kawalan Bomba telah diaktifkan bagi mengesan kedudukan mangsa yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Tun Salahuddin, pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

PETRA JAYA: Seorang lelaki dewasa dikenali sebagai Haffiz Abdullah Sapwan, 34, dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Tun Salahuddin di sini, pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada 9.29 pagi yang memaklumkan terdapat cubaan bunuh diri di lokasi tersebut.

Bagaimanapun, maklumat lanjut daripada pelapor menyatakan bahawa mangsa telah terjun dari jambatan berkenaan sebelum bantuan sempat tiba.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya yang diketuai PBK II TBBK I Asmadi Nawi bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada 9.38 pagi.

Setibanya di lokasi, komander operasi mengesahkan kejadian dan segera mengaktifkan Pos Kawalan Bomba bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut pihak bomba, mangsa dipercayai telah dihanyutkan arus sungai dan sehingga kini masih belum ditemui.

Operasi SAR masih diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi, dan pihak bomba akan mengemas kini perkembangan dari semasa ke semasa.

Oleh Amanda L.

 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua individu terbunuh dalam dua kemalangan berasingan
Next: Anggota polis hilang selepas terjun jambatan di Petra Jaya, SAR masuk hari kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.