Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Populasi lebah merosot, penternak bimbang penutupan makmal kajian
  • GLOBAL

Populasi lebah merosot, penternak bimbang penutupan makmal kajian

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENYELIDIK lebah, Zac Lamas (kiri), membuat isyarat ketika bercakap kepada sebuah kelab penternak lebah tempatan di Baker, Virginia Barat, pada 9 Mei 2026. Foto AFP

BAKER, Amerika Syarikat: Di kawasan belakang sebuah stesen minyak yang sudah tidak beroperasi di Virginia Barat, di kaki Pergunungan Appalachian, Roy Funkhouser dikelilingi kira-kira sedozen penternak lebah serta ribuan lebah yang berdesing.

Kelab penternak lebah ini terdiri daripada penggemar hingga penternak komersial sepenuh masa berkumpul secara berkala untuk mempelajari kemahiran baharu dan membincangkan pelbagai masalah rumit, termasuk ancaman hama parasit Varroa yang menjejaskan sarang mereka.

Namun, kumpulan ini dan penternak lebah di seluruh negara kini berdepan cabaran baharu, iaitu penutupan kemudahan penyelidikan kerajaan yang menempatkan makmal lebah tertua negara serta menjadi peneraju kajian penyakit lebah selama lebih satu abad.

SEKUMPULAN lebah madu berterbangan di Baker, Virginia Barat, pada 9 Mei 2026. Foto AFP

Funkhouser, penternak lebah komersial berpengalaman, sepatutnya mempunyai kira-kira 1,200 sarang lebah di bawah jagaannya. Namun pada tahun ini, beliau hanya memiliki kurang daripada 200 sarang.

“Ini memang sangat mencabar,” kata Funkhouser kepada AFP. “Parasit yang kita hadapi sekarang, iaitu hama dan sebagainya lebih banyak virus, lebih banyak pendedahan kepada racun perosak dan bahan kimia.Semuanya menjadi lebih sukar berbanding dahulu.”

Kerugian Besar

Beliau bukan satu-satunya yang terkesan.

Penternak lebah di Amerika Syarikat kini berdepan keadaan yang serius.

Mereka kehilangan lebih separuh koloni lebah dalam tempoh setahun hingga April 2025, menurut anggaran terbaharu Persatuan Pemeriksa Apiari Amerika, sekali gus mencatatkan kerugian tahunan tertinggi sejak tinjauan itu dimulakan.

Hama dan Virus

“Anda tahu, saya boleh membuat sampel kiraan hama, tetapi saya tidak boleh menjalankan analisis DNA mitokondria,” kata Funkhouser. “Kami perlukan makmal untuk itu.”

Funkhouser merujuk kepada Varroa destructor, sejenis hama kecil berukuran kira-kira 1.5 milimeter yang menyerupai ketam dan disifatkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) sebagai “perosak paling serius kepada lebah madu yang menyebabkan lebih banyak kerosakan serta kos ekonomi berbanding semua penyakit apiarian lain”.

PENTERNAK lebah Amerika Syarikat, Roy Funkhouser, bergambar di sebuah kawasan yang menempatkan beberapa sarang lebah di Baker, Virginia Barat, pada 9 Mei 2026. Foto AFP

Hama ini kini memusnahkan koloni lebah di Amerika Syarikat dengan menghisap cecair tubuh lebah serta menyebarkan virus yang menyebabkan kecacatan sayap.

Selain itu, hama ini turut menjadi ancaman kepada tanaman pertanian di negara tersebut.

Para petani membayar Funkhouser untuk mengangkut lebahnya ke seluruh negara termasuk ke ladang badam di California bagi membantu proses pendebungaan selama kira-kira dua minggu.

“Mereka masih akan memperoleh sebahagian hasil badam walaupun tanpa [khidmat lebah saya], tetapi tidak sebanyak yang mereka perlukan,” jelas Funkhouser. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Wabak difteria menular di Australia
Next: Dua kebakaran hutan besar melanda California

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.