Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pondok bas usang ‘menyembah’ bumi
  • TEMPATAN

Pondok bas usang ‘menyembah’ bumi

Utusan Sarawak 5 years ago
ALIH… Anggota bomba bekerjasama mengalih sebuah perhentian bas yang runtuh.

SARIKEI: Sebuah perhentian bas yang usang di Batu 4, Jalan Sebanyak roboh dan menghalang lalu lintas di kawasan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, perhentian bas tersebut roboh berkemungkinan diakibatkan angin kencang malam kelmarin dan keadaannya yang telah usang.

“Pihak bomba menerima panggilan daripada pengadu pada 7.08 pagi tadi (semalam).

“Seramai 11 anggota bomba bergerak ke lokasi untuk menjalankan khidmat khas mengalih perhentian bas yang tumbang tersebut ke tepi jalan,” katanya kepada pemberita, tengah hari semalam.

Tambahnya, setibanya dilokasi, anggota bomba menjalankan tugas pengalihan perhentian bas yang tumbang ke tepi jalan.

“Setelah tugas pengalihan selesai, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Anak buaya berkeliaran di jalan raya
Next: Bantuan makanan masih diagihkan di DUN Samalaju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.