Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Politeknik Kuching Sarawak perkukuh pengurusan asrama, kebajikan pelajar jadi keutamaan
  • PENDIDIKAN

Politeknik Kuching Sarawak perkukuh pengurusan asrama, kebajikan pelajar jadi keutamaan

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUCHING: Politeknik Kuching Sarawak (PKS) mengambil langkah segera bagi memperkukuh pengurusan asrama dan meningkatkan kemudahan penginapan demi memastikan kebajikan serta kesejahteraan pelajar terus terpelihara.

Pengurusan PKS dalam satu kenyataan media memaklumkan pihaknya mengambil maklum dan prihatin terhadap isu keadaan asrama yang kurang memuaskan seperti yang dibangkitkan menerusi media sosial semasa pendaftaran pelajar baharu, baru-baru ini, selain memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

Menurut kenyataan itu, bagi Sesi I Akademik 2026/2027, PKS berjaya menyediakan kemudahan penginapan kepada 1,600 daripada keseluruhan 1,663 pelajar baharu, bersamaan 96.2 peratus.

“Penempatan ini mencerminkan keutamaan yang diberikan oleh PKS terhadap kebajikan serta keperluan penginapan, khususnya kepada pelajar baharu,” menurut kenyataan tersebut.

Bagi memenuhi keperluan semasa, PKS telah melaksanakan beberapa tindakan segera termasuk mengoptimumkan penggunaan ruang dan kemudahan sedia ada di asrama, menyediakan tambahan kelengkapan secara berperingkat, melaksanakan kerja penyelenggaraan serta pembaikan, selain menggantikan perabot mengikut keperluan.

Pada masa sama, PKS turut melaksanakan perolehan aset bagi meningkatkan kualiti kemudahan yang disediakan kepada pelajar.

Menurut kenyataan itu lagi, semua inisiatif berkenaan bertujuan memastikan aspek kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar sentiasa terjamin.

PKS turut memaklumkan bahawa kapasiti semasa asramanya hanya mampu menampung kira-kira 50 peratus daripada jumlah enrolmen pelajar.

Sehubungan itu, usaha memperluas kapasiti asrama akan terus diperkasa selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mencapai kadar penyediaan kemudahan asrama sekurang-kurangnya 70 peratus daripada jumlah enrolmen pelajar prasiswazah sepenuh masa secara fizikal menjelang 2035.

PKS menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh mekanisme pemantauan dan pengurusan asrama supaya kemudahan yang disediakan sentiasa berada pada tahap terbaik serta memenuhi keperluan semasa.

Pada masa sama, PKS menghargai segala maklum balas daripada pelajar, ibu bapa dan pihak berkepentingan sebagai usaha menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Lebih 326,000 pelajar IPTA pilih bidang STEM bagi tempoh 2023 hingga Mac 2026 – KPT
Next: PSDC 2026 buka penyertaan, platform lahir mahasiswa berfikiran kritis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.