Polis Thailand menyamar sebagai penari singa tangkap suspek pencuri

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.


BANGKOK, Thailand:
Polis Thailand menyarungkan kostum tarian singa semasa perayaan Tahun Baharu Cina untuk menahan seorang suspek yang dituduh mencuri artifak Buddha bernilai kira-kira AS$64,000.

Suspek ditahan malam Rabu selepas polis menerima laporan awal bulan ini mengenai pecah rumah di pinggir ibu kota Bangkok.

Pecah rumah itu melibatkan “pelbagai objek Buddha dan dua patung Buddha bersaiz 12 inci”, serta bukti cubaan berulang kali memasuki rumah.

Dengan sedikit petunjuk, polis memantau kawasan itu selama beberapa minggu sebelum merancang pelan luar biasa: menyertai perarakan tarian singa di sebuah kuil Buddha berdekatan.

“Pegawai perlahan-lahan menghampiri suspek sebelum menahannya,” kata polis.

Video yang dikeluarkan menunjukkan penari singa menghampiri suspek sebelum seorang pegawai muncul dari kepala kostum dan, dibantu rakan sekerja, menahannya di tanah.

Polis menganggarkan nilai barang curi sekitar dua juta baht (AS$64,000).

Suspek, lelaki 33 tahun, mempunyai rekod jenayah melibatkan dadah dan kecurian, tambah polis. – AFP

Gempa bumi sederhana di Laut Bali Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dikesan berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 2.10 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan