Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis terima lapan kes penipuan urusan pembekal barangan libatkan sektor awam
  • JENAYAH

Polis terima lapan kes penipuan urusan pembekal barangan libatkan sektor awam

Utusan Sarawak 6 months ago
KETUA Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili

SIBU: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu telah menerima lapan kes penipuan urusan pembekal barangan melibatkan sektor awam sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, kes-kes ini telah menyebabkan kerugian sebanyak RM102,935 dengan mangsa terdiri daripada kontraktor dan syarikat pembekal.

“Mangsa tertipu dalam transaksi perniagaan yang dijalankan secara atas talian membabitkan pembekalan barangan kepada jabatan kerajaan termasuk Jabatan Pertanian, Jabatan Tanah, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kesihatan,” katanya menerusi siaran media, hari ini.

Katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan urusan jualan perniagaan yang dibuat melalui panggilan telefon mahupun pesanan ringkas di aplikasi seperti WhatsApp, WeChat dan sebagainya. 

“Jangan membuat sebarang pembayaran tanpa melakukan semakan terlebih dahulu dengan menghubungi pihak jabatan atau syarikat berkenaan secara terus untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997. Orang ramai juga boleh mengikuti laman Facebook @cybercrimealertrmp dan @jsjkpdrm.

Selain itu, semakan pengesahan akaun bank atau nombor telefon yang mencurigakan boleh dilakukan melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua remaja lelaki ditangkap dalam Ops Samseng Jalanan
Next: PDRM tidak terima maklumat Jho Low di Myanmar – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.