SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus kepada mereka yang memiliki saman tertuggak di Balai Polis Trafik Sungai Merah, Jalan Wawasan pada esok dan Ahad ini.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, kaunter pembayaran saman itu akan dibuka mulai jam 9 pagi hingga 4 petang bagi tempoh dua hari itu.
“Tujuan utama tawaran diskaun saman ini adalah bagi memberi kemudahan kepada masyarakat Sibu untuk menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak mereka dengan pengurangan sebanyak 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, semua jenis saman layak mendapatkan diskaun 50 peratus kecuali saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman bukan kompaun (NC), saman bicara mahkamah (Bertanda ‘M’), saman mahkamah bertanda (‘/\’) dan saman ubah suai ekzos.
Oleh AKUN GIMAN