Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis Sarawak tubuh pasukan khas
  • TEMPATAN

Polis Sarawak tubuh pasukan khas

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK AIDI ISMAIL

KUCHING: Polis Sarawak bertindak menubuhkan pasukan khas bagi memantau dan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi di Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, pasukan khas ini akan ditempatkan di setiap daerah untuk memeriksa semua sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi.

“Setakat ini, sebanyak 113 pasukan khas ditubuhkan untuk penugasan ini di setiap daerah untuk memantau dan memeriksa sektor-sektor yang diluluskan untuk beroperasi.

“Mereka ini nanti akan bertindak untuk memastikan sektor-sektor ini mematuhi SOP yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Aidi, pematuhan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) juga akan dipantau.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar PKPB yang mula dikuatkuasakan di seluruh negara sejak 4 Mei.

Katanya, fasa nasihat dan amaran sudah berakhir dan kini pihaknya bersedia untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang ingkar.

PKPB diwartakan sebagai undang-undang pada 4 Mei lalu dan perlu dikuatkuasakan oleh polis di seluruh negara serta merta.

Continue Reading

Previous: Orang ramai mula keluar beli-belah
Next: Perkhidmatan Feri Kaba kini beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.