Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai
  • JENAYAH

Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai

Utusan Sarawak 4 months ago

SIBU: Polis berjaya merampas lebih 17,000 karton minuman keras tanpa cukai bernilai RM15,147,936.40 dalam Op Taring Alpha 2 di dua premis di sini, Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, turut dirampas dua buah forklift, tiga lori bonded dan sebuah kereta.

“Operasi tersebut telah berjaya menahan dua lelaki warga tempatan berumur 32 tahun dan 41 tahun.

“Tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan, pengedaran dan penjualan arak yang tidak berkastam yang bergerak aktif di sekitar kawasan Sibu. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Katanya, secara keseluruhan bagi tempoh 1 Januari hingga 24 Januari 2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya melancarkan sebanyak 41 serbuan di seluruh negara dan menahan seramai 44 orang di atas pelbagai kesalahan yang melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar dan penjualan senjata tiruan, dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM175,937,546.85.

“PDRM menyambut baik tindakan bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain dan akan menyokong penuh hasrat kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, keselamatan dan hasil negara terpelihara.

“Kerjasama orang awam dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis juga amatlah digalakkan agar jenayah ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Op Lusuh: Polis tahan dua lelaki mencurigakan  
Next: Polis Marin rampas 432,000 batang rokok Gudang Garam 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.