Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Polis Myanmar rampas 626 kg ‘ice’
  • GLOBAL

Polis Myanmar rampas 626 kg ‘ice’

Utusan Sarawak 5 years ago
TUMPAS… Dua suspek terbabit akan didakwa mengikut Undang-undang Narkotik dan Bahan Psikotropik dan pada masa sama, polis sedang memburu beberapa pengedar lain yang bolos ketika serbuan itu. • Foto AFP

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar merampas 626 kilogram (kg) dadah jenis ‘ice’ atau methamphetamine bernilai AS$11.1 juta (RM46.55 juta) di negeri Shan semalam.

Jawatankuasa Pusat bagi Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC), dalam satu kenyataan, berkata dadah berkenaan sudah disita dan dua suspek ditahan di perbandaran Tachileik malam tadi.

Dua suspek terbabit akan didakwa mengikut Undang-undang Narkotik dan Bahan Psikotropik dan pada masa sama, polis sedang memburu beberapa pengedar lain yang bolos ketika serbuan itu.

Dalam perkembangan lain, bertindak berdasarkan maklumat awam, pasukan polis anti-narkotik turut merampas candu mentah di dua bandar di negeri itu iaitu 34.5 kg di Ywangan dan 159.4 kg lagi di Pinlaung.

Sementara itu, Khamis lalu pihak polis turut melakukan rampasan dadah di perbandaran Thaton.

Sebanyak 565,500 pil perangsang bernilai lebih ASS$2 juta (RM 8.39 juta) dan 22 kg ‘ice’ bernilai AS$785,714 (RM3.29 juta) yang disimpan dalam sebuah kereta disita selain seorang suspek ditahan.

Menurut Pejabat Presiden semalam, sejumlah 1,279 kes berkaitan dadah dilaporkan di seluruh Myanmar.
Seramai 1,968 suspek sudah didakwa bagi kes berkaitan dadah sehingga 8 Ogos lalu, sejak terbentuknya Jabatan Aduan Kegiatan Dadah pada Jun 2018. – AFP

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan California semakin merebak
Next: Gempa bumi 6.6 magnitud landa Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.