Polis Lawas tahan warga asing, dua lelaki tempatan positif dadah

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KESALAHAN SYABU… Suspek yang ditahan bersama syabu. Foto: Polis Lawas

LAWAS: Seorang lelaki warga asing ditahan bersama syabu ketika berada dalam sebuah kereta dalam operasi yang dijalankan di tepi Jalan Sundar, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi yang dijalankan sekitar 3.40 petang.

“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan suspek, kita menemui satu keratan tiub straw berisi kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.21 gram.

“Hasil ujian air kencing pula mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 serta Akta Imigresen 1953/63.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, dua lelaki tempatan masing-masing berusia 32 dan 44 tahun turut ditahan kerana berada dalam keadaan lalok dadah di tepi Jalan Sundar Lawas dan Trusan Lawas.

Hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, selain masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Lelaki positif dadah ditahan Polis Bau

BAU: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam operasi Op Tapis.