Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis cari waris lelaki maut kemalangan
  • TEMPATAN

Polis cari waris lelaki maut kemalangan

Utusan Sarawak 5 years ago
MAUT… Seorang lelaki tempatan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Matang Jaya baru-baru ini.

PADAWAN: Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan kini mencari waris kepada seorang lelaki tempatan yang berumur dalam lingkungan 40 ke 50 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Matang Jaya baru-baru ini.

Pada 29 Mei lalu, sekitar 12.30 tengah hari pihak IPD Padawan telah menerima makluman mengenai kemalangan berkenaan daripada pihak Hospital Umum Sarawak (HUS) yang melibatkan seorang pejalan kaki dengan identiti yang tidak diketahui.

Menurut pihak HUS, kemalangan berlaku pada 26 Mei, 6.00 pagi di Jalan Matang Jaya.

Mangsa dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenalpasti jenis dan nombor pendaftarannya.

Ketika kejadian mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans dan disahkan meninggal pada 28 Mei, 7.19 malam.

Sebab-sebab kematian yang disahkan oleh pihak HUS adalah kecederaan kepala akibat kemalangan jalan raya. Kes masih dalam siasatan.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga atau yang mengenali mangsa boleh hadir ke Bahagian Penguatkuasaan Trafik Daerah Padawan dengan kadar segera atau boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Sharlina ditalian 082-862641- ext : 263 atau 010-2119427.

Continue Reading

Previous: Kerani rugi RM1,480 ditipu
Next: Jalan berturap untuk Kampung Hijrah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.