Pokok tumbang halang laluan di Jalan Pantai Lutong

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
TUMBANG…Anggota bomba memotong dan mengalihkan pokok tumbang yang menghalang laluan di Jalan Pantai Lutong, Miri pagi tadi.

MIRI: Sebatang pokok tumbang menghalang laluan di Jalan Pantai Lutong pagi tadi, menyebabkan pengguna jalan raya berdepan kesukaran sebelum tindakan segera dilakukan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.29 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

Katanya,  pasukan bomba tiba di lokasi pada 7.39 pagi dan mendapati sebatang pokok tumbang menghalang sebahagian jalan seperti dilaporkan pengadu.

TUMBANG…Anggota bomba memotong dan mengalihkan pokok tumbang yang menghalang laluan di Jalan Pantai Lutong, Miri pagi tadi.

“Pasukan  bomba kemudian menjalankan pemeriksaan awal sebelum memotong pokok berkenaan menggunakan dua unit gergaji berantai.

“Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan dilakukan sehingga pokok berjaya dialihkan sepenuhnya bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan orang ramai,”katanya di sini.

Henry berkata, selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi, operasi ditamatkan pada 8.03 pagi.

Oleh Liong Chai Ling