Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PM Thailand isytihar aset RM1.8 bilion, termasuk lebih 200 beg tangan berjenama, 75 jam tangan mewah
  • GLOBAL

PM Thailand isytihar aset RM1.8 bilion, termasuk lebih 200 beg tangan berjenama, 75 jam tangan mewah

Utusan Sarawak 4 months ago

Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra hari ini mengisytiharkan aset bernilai lebih AS$400 juta (RM18 bilion).

Aset itu termasuk lebih 200 beg tangan berjenama bernilai lebih AS$2 juta (RM9 juta) dan sekurang-kurangnya 75 jam tangan mewah hampir AS$5 juta (RM22.5 juta).

Anak perempuan bongsu pasangan jutawan telekomunikasi dan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, Paetongtarn memegang jawatan pada September sebagai ahli keempat keluarga itu yang memimpin kerajaan Thailand dalam tempoh 20 tahun.

Beliau bertanggungjawab mengisytiharkan aset dan liabilitinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (NACC).

Beliau mengisytihar aset berjumlah 13.8 bilion baht (AS$400 juta atau RM1.8 bilion) seperti ditunjukkan dalam dokumen yang disiarkan di laman web media.

Menurut dokumen pengisytiharannya, jumlah pelaburannya bernilai 11 bilion baht (RM1.4 bilion) dan beliau mempunyai berbilion baht lagi dalam bentuk deposit dan wang tunai.

Pegangan aset lain beliau termasuk 75 jam tangan bernilai 162 juta baht dan 39 lagi jam tangan, ditambah 217 beg tangan bernilai 76 juta baht, serta hartanah di London dan Jepun.

Beliau juga mengisytiharkan liabiliti hampir lima bilion baht, menurut dokumen NACC yang disiarkan oleh media tempatan, memberikannya nilai bersih 8.9 bilion baht (AS$258 juta atau RM1.16 bilion).

Seorang wakil dari Parti Pheu Thai mengesahkan kepada AFP angka yang dilaporkan oleh media tempatan adalah tepat.

Bapa perdana menteri dan pendahulu Thaksin yang pernah memiliki kelab bola sepak Manchester City mempunyai aset dengan nilai bersih AS$2.1 bilion (RM9.45 bilion), menurut Forbes sekali gus menjadikannya orang ke-10 terkaya di Thailand.

Thaksin menggunakan kekayaan yang dijana oleh empayar telekomunikasi Shin Corp miliknya untuk mendorongnya menceburi diri dalam politik dan keluarganya kekal berpengaruh walaupun selama bertahun-tahun dalam buangan berikutan penyingkirannya dalam rampasan kuasa. – AFP

Continue Reading

Previous: Tapak jejak dinosaur terbesar ditemui di Britain
Next: UK siap sedia hadapi salji lebat, hujan berais selepas catat suhu -5c

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.