Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PM BERI JAMINAN
  • TEMPATAN

PM BERI JAMINAN

Utusan Sarawak 3 years ago
TINJAU… Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kanan) bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof (kanan) ketika meninjau pembukaan Jajaran Seksyen Serian Pakej Kerja Tiga Lebuh Raya Pan Borneo di Serian semalam. • Foto BERNAMA

SERIAN: Kerajaan Persekutuan memberi jaminan akan meneruskan pembinaan Fasa 2 projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dari Pujut ke Limbang dan menyiapkan jajaran ‘missing link’ dari Kuala Baram ke Sungai Tujoh CIQ di Miri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, disebabkan pertukaran kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada 2018 telah menyebabkan bajet pelaksanaan yang ada telah dibatalkan.

Katanya, sebenarnya di bawah kerajaan BN yang lepas, Menteri Kanan Kerja Raya memaklumkan bahawa bajet telahpun diluluskan untuk projek tersebut termasuk fasa 2 ini.

“Kerajaan Persekutuan melihat bahawa projek ini amat penting kepada rakyat ataupun warga di Sarawak ini, ia bukan sahaja mempermudahkan dari segi perhubungan perjalanan tetapi juga boleh membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

“Saya memberi komitmen bahawa saya bersama dengan Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang bagaimana kita hendak meneruskan Fasa 2 ‘red line’ dan ‘missing link’ ini,

“Malah, kita tidak akan berhenti setakat itu dan kita akan teruskan segala projek yang dirancangkan bagi Sarawak,” katanya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Sarawak perkasa pertanian moden
Next: GPS perlukan mandat besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.