Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar, Ruttee bertemu di Putrajaya untuk perbincangan dua hala
  • NASIONAL

PM Anwar, Ruttee bertemu di Putrajaya untuk perbincangan dua hala

Utusan Sarawak 2 years ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan delegasi Malaysia kepada Mark Rutte di Seri Perdana hari ini sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Belanda itu ke Malaysia. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatan dari Belanda Mark Rutte di Seri Perdana di sini, dalam usaha Malaysia dan Belanda mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Rutte tiba di Malaysia semalam untuk lawatan kerja dua hari, yang kedua ke negara ini selepas lawatan sulungnya pada 2014.

Rutte disambut Anwar sebaik tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan rundingan yang membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Belanda selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Selepas pertemuan hampir sejam, Anwar menghoskan majlis jamuan tengah hari sempena lawatan kerja Rutte ke Malaysia.

Pada 2022, Belanda adalah rakan dagangan ke-14 terbesar Malaysia dan kedua terbesar di Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah dagangan RM48.04 bilion (AS$10.93 bilion), meningkat 33.4 peratus berbanding RM36.01 bilion (AS$8.68 bilion) pada 2021.

Belanda juga merupakan pengimport terbesar minyak sawit Malaysia dalam kalangan negara EU dengan jumlah 732,324.54 tan. – Bernama

Continue Reading

Previous: 27.4 peratus penduduk Malaysia kanak-kanak bawah 18 tahun
Next: Lapor segera jika harga ayam tidak munasabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.